Monday 28 May 2012

ISL PSV3102


PSV 3102
BAHASA VISUAL PERBANDINGAN : TUGASAN ISL
MINGGU 1

Tugasan:

Mengumpul maklumat tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya catan dari pelbagai budaya








Rujukan:


Art Fundamentals

Dialog Seni Tampak

Art and Visual Perception


MINGGU 2

Tugasan:

Mengumpul maklumat tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya tembikar  dari pelbagai budaya








 Rujukan:

Ford, S. (2001). Information Sources in Art: Art History and Design. Munchen: Sarrs Verlag GambH.

MINGGU 3

Tugasan:

Mengumpul maklumat tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya seni visual dari pelbagai budaya
 Sulaiman Othman et al (1994).  The Crafts of Malaysia.  Singapore: Tien Wah Press


Enakshi Bharnami (1969). Decorative Design and Craftsmanship of India. India: DB Taraporevala Sons & Co. Private Ltd

MINGGU 4

Tugasan:

Membuat rujukan dan hasilkan satu peta minda berkaitan dengan garisan atau rupa yang terdapat pelbagai budaya

Rujukan :

Ford, S. (2001). Information Sources in Art: Art History and Design. Munchen: Sarrs Verlag GambH.
MINGGU 5

Tugasan:

Meneroka garisan dan jalinan dalam karya seni pelbagai budaya

Menghasilkan garisan dan jalinan dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan


Rujukan :

Syed Ahmad Jamal (1994). Form & Soul. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.





MINGGU 6

Tugasan:

Meneroka unsur-unsur seni rupa dan bentuk dalam karya catan pelbagai budaya

Menghasil-kan rupa dan bentuk dengan mengguna-kan alat dan bahan yang sesuai





Rujukan :

Siti Zainon Ismail (1997). The Tradional Malay Handicraft Design. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.




MINGGU 7

Tugasan:

Meneroka unsur-unsur seni warna dan ruang dalam karya catan pelbagai budaya

warna dan ruang dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai

Rujukan :

Kerr Rose, (1991). Chinese Art and Design. Britain: Victoria and Albert Museum

MINGGU 8

Tugasan:

Mencari dan mengumpul hasil seni visual pelbagai budaya melalui internet dan kumpulkan dalam cakera padat CD


Rujukan :

Brown, Rebecca M. & Deborah S. Hutton (2006). Asian Art. Britain: Blackwell Publishing.


MINGGU 9

Tugasan:

Meneroka peranan prinsip rekaan dalam lima karya pelbagai budaya

Membuat pengurusan grafik untuk dapatan.
Rujukan :

Depaulis, Julien (2003).  Central Asia Art. London: Greenwich Editions, A member of Chrysalis Book Plc.

Minick. Scott & Jiao Ping (1996). Arts & Crafts of China. Britain: Tames and Hudson



MINGGU 10

Tugasan:

Membuat perbandingan tentang konsep uniti dalam ragam hias beberapa hasil seni visual pelbagai budaya

Membuat pengurusan grafik untuk dapatan.

Rujukan :

Kageo Muraoka and Kichiemon Okamura (1976).  Folk  Arts and Crafts of Japan. New York & Tokyo: Weatherhill/ Heibonsha.

MINGGU 11
 TIDAK ADA TUGASAN ISL (SBE)
(PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH)





MINGGU 12

Tugasan:

Mengumpul maklumat dan membuat peta minda bagi Prinsip Rekaan, Peranan Prinsip Rekaan dan konsep uniti dalam hasil seni visual pelbagai budaya









Rujukan :

Smith, Ralph A (2006). Culture and The Art in Education.  New York & London: Teachers College Press.
MINGGU 13

Tugasan:
Mengumpul contoh-contoh karya 2- dimensi

Menganalisis aspek Asas Seni Reka dalam karya 2- dimensi


Rujukan :

Wijdan Ali (1989).  Contemporary Art from The Islamic World.  London: Scorpion Publishing
MINGGU 14

Tugasan:

Mengumpul contoh-contoh karya 3-dimensi


Menganalisis aspek Asas Seni Reka dalam karya 3- dimensi


Rujukan:

Naylor, Gillian (1971).  The Arts and Crafts Movement. London: Studio Vista.

Depaulis, Julien (2003).  Central Asia Art. London: Greenwich Editions, A member of Chrysalis Book Plc.

MINGGU 15

Tugasan:
Megumpul maklumat bagi aspek komposisi dalam hasil karya digital pelbagai budaya


Rujukan :

Shiva V.A. (1996). Arts and The Internet. New York: Allworth Press

Alperson, Phillip, editor. Journal of Aesthetics and Art Criticism. UK: Blackwell Publishing Inc. www.temple.edu/jaac


Christine Paul (2003). Digital Art. Thomas & Hudson Publisher. New York
MINGGU 16

Tugasan:

Kajian dan penerokaan karya digital menggunakan perisian komputer.

Contoh:

-        Photoshop
-        Coreldraw
-        Pagemaker
-        Illustrator


Rujukan :

Grotta, Sally Wiener, Daniel G. Grotta (1994). Digital Imaging for Visual Artists. New York: Windcrest / McGraw Hill.

Neo Mai & Ken Neo TK ( 1999 ) The Multimedia Sourcebook.  Meway Computee Sdn .Bhd.

Saturday 29 October 2011

Nota Lukisan


LUKISAN



Pengenalan

1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.


2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis

1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.

Media Lukisan

1. Pensel

1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

pensel mempunyai pelbagai saiz

saiz yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza

Contoh-contoh lukisan pensel


Contoh lukisan pensel


2. Arang
1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran

Kesan lorekkan daripada arang

Hasil karya daripada media arang

Hasil karya lukisan media arang

3. Media Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci
Pen teknikal beri kesan halus pada lukisan

Pen teknikal mempunyai pelbaga saiz

Pen kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz
lukisan media pen

Lukisan pen menggunakan teknik titik

4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

lukisan media pastel

Lukisan media pastel

Asas Sebelum Melukis

1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap Fokus
Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
Memilih sudut yang menarik dan indah.
Digunakan untuk melukis di luar studio.


Pengetahuan Asas

1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.

2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu

Monday 17 October 2011

Aktiviti-aktiviti Seni

Lawatan Seni Jakarta Bandun - Institut Kesenian Jakarta


Pameran Seni Visual Semester 3 PPISMP


Perasmian Pameran Seni 

Cat Air


Assesment Seni Semester 3 PPISMP