LUKISAN
Pengenalan
1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.
Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan
1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.
3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.
Teknik Melukis
1. Teknik garisan,
2. Teknik garisan pangkah,
3. Teknik titik,
4. Teknik lorekan dan
5. Teknik campuran.
Media Lukisan
1. Pensel
1. Dibuat daripada arang dan
tanah liat.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
3. Kegelapan pensel ditentukan
oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
pensel
mempunyai pelbagai saiz
saiz
yang berbeza memberi kesan ton yang berbeza
Contoh-contoh
lukisan pensel
Contoh
lukisan pensel
2. Arang
1. Asalnya merupakan arang
batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah
menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan
yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang
ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
arang
yang digunakan untuk melukis
arang
juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengendalian
Beberapa
jenis arang yang terdapat di pasaran
Kesan
lorekkan daripada arang
Hasil
karya daripada media arang
Hasil
karya lukisan media arang
3. Media
Pen dan ink
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci
1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci
Pen
teknikal beri kesan halus pada lukisan
Pen
teknikal mempunyai pelbaga saiz
Pen
kaligrafi juga mempunyai pelbagai saiz
lukisan
media pen
Lukisan
pen menggunakan teknik titik
4. Media Pastel
1. Terdapat dua jenis pastel
iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang
berbeza.
2. Lukisan menggunakan pastel
handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari
warna tersebut tertanggal
Kesan
lorekan oil pastel dan soft pastel
Oil
pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon
Soft
pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret
lukisan
media pastel
Lukisan
media pastel
Asas Sebelum Melukis
1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap Fokus
Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
Memilih sudut yang menarik dan indah.
Digunakan untuk melukis di luar studio.
Pengetahuan Asas
1. Kemahiran menggunakan bahan penting.
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu